Saturday, 30 March 2013

Pengenalan Membaca

~Salam~

Hai,ini merupakan blog yang dihasilkan oleh kami bagi Kursus Ketrampilan Membaca. Jika dilihat pada tajuk kursus, pastilah kursus yang kami ambil ini berkaitan dengan membaca. Di sini, kami ingin kongsikan apakah yang dimaksudkan dengan membaca? Pasti ramai yang tahu membaca tetapi mereka mesti tidak tahu definisi membaca yang sebenarnya. Hal ini kerana, kita pasti akan membaca setiap hari tidak kiralah kita membaca buku atau surat khabar. Perkara seperti membaca di papan iklan di kategorikan sebagai membaca walaupun kita tidak memegang buku.

Di konteks sekolah, membaca sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa selain mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi melalui pengalaman biasa yang lain kerana dengan membaca ia dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan kreativiti seorang individu dalam pelbagai bidang. Jadi, kebolehan seseorang itu membaca sangat penting dan ia merupakan kayu ukuran bagi kejayaan seseorang. Oleh itu, sejak di peringkat awal lagi, kanak-kanak telah ditekankan untuk membaca selain kemahiran mengira dan menulis. Menurut Wardhaugh (1969) dalam buku Penguasaan Kemahiran Membaca kaedah dan Teknik Membaca telah menerangkan bahawa :

" Success in reading is therefore assumed to be closely related to success in living and to personal and emotional adjustment. The successful reader is to some extent also the successful citizen".
Ini dapat dikatakan bahawa dengan membaca ia dianggap sebagai asas bagi seseorang itu terus meningkat dalam alam persekolahan sehingga peringkat yang leibh tinggi. Malah, membaca juga memerlukan seseorang itu untuk memahami tesk atau kandungan yang dibaca. Jika pembaca itu faham kandungan tesk yang dibaca, bermakna segala mesej atau input yang disampaikan oleh penulis dapat disampaikan oleh pembaca.