Thursday, 16 May 2013

TEKNIK MENGAJAR KEFAHAMAN MEMBACA

MASALAH DALAM MEMBACA



         Masalah membaca sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang menggalami masalah pembelajaran. Hal ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu masalah mengenal huruf dan masalah memahami apa yang dibacanya.






MASALAH DALAMAN







    MASALAH LUARAN








JENIS-JENIS BACAAN


Terdapat empat jenis bacaan yang dikenalpasti iaitu bacaan mekanis, bacaan mentalis, bacaan intensif dan juga bacaan ekstnsif.















TEORI MEMBACA


Teori membaca dapat membantu pembaca untuk memahami proses membaca sama ada di peringkat rendah hinggalah ke peringkat yang tinggi. Terdapat tiga jenis teori membaca yang dinyatakan iaitu :-
          
A) Teori Pemindahan Maklumat

Dapat dilihat di sini, teori pemindahan maklumat merupakan proses pembaca untuk mengenali huruf dan perkataan. Oleh itu, pembaca haruslah mempunyai kemahiran yang khusus iaitu kemahiran untuk melakukan proses pemindahan maklumat. Ia adalah bertujuan untuk mendapatkan makna daripada teks yang dibaca terhadap pemikiran pembaca. Malah, akan wujud interaksi pembaca dengan teks. Misalnya, guru hendaklah memberikan pelajar petikan yang ringkas bagi memudahkan pemahaman pelajar seterusnya menyediakan soalan yang khusus terhadap teks tersebut.

b) Teori Pembacaan Secara Automatik





Dapat dilihat, teori pembacaan secara automatik ini juga diperkenalkan oleh La Berger dan Samuel. Teori ini telah diperkenalkan kerana terdapat beberapa pendapat bahawa telah wujud perkembangan dalam penguasaan kemahiran membaca serta perbezaan antara proses bersifat automatik dan proses kawalan ketika membaca. Teori ini dapat dilakukan dengan memberikan latihan kerana ia akan membantu dalam penguasaan kemahiran asas dalam membaca seperti pengecaman huruf dan pengecaman perkataan. Contohnya, seorang pembaca yang mempunyai kemahiran membaca secara automatik dapat mengawal teks, mempunyai sumber yang lebih dan mempunyai pemahaman. Aspek pengawalan teks haruslah ditekan supaya  pembaca dapat memahami teks dengan lebih berkesan.

 c) Teori Kecekapan Verbal




Seterusnya, teori kecekapan verbal yang telah diperkenalkan oleh Perfetti telah memperluaskan kemahiran membaca secara automatik melalui proses mentafsir kod. Melalui teori ini, ia melibatkan ciri-ciri resolusi anafora, membuat kenyataan yang seragam, menggunakan aktiviti yang berkaitan daripada ingatan dan strategi metakognitif. Selain itu, teori ini juga berkait rapat dengan perhatian dan sumber ingatan yang terhad dalam diri pembaca serta perhubungan dengan pemahaman. Sebagai contoh, pembaca yang mempunyai kecekapan verbal mempunyai pelbagai sumber kesan daripada perhatian dan daya ingatan yang kuat. Sebaliknya, pembaca yang tidak cekap dalam membaca akan kekurangan pengetahuan disebabkan tidak mempunyai daya ingatan yang kuat. Ini akan menyebabkan pembaca akan sukar untuk memahami kandungan teks yang dibaca.



RUJUKAN UTAMA :

Mahzan Arshad (2003). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu satu pendekatan bersepadu. Kuala Lumpur : Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Yahya Othman (2003). Mengajar membaca : Teori dan aplikasi . Pahang : PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.




( https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images)

PROSES MEMBACA





Menurut Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad:

Persediaan Sebelum Membaca.
Langkah-langkah yang berikut perlu diambil:
  1. Pilih masa belajar yang sesuai.  Waktu belajar yang paling sesuai ialah ketika kurangnya gangguan terhadap tumpuan. Badan tidak letih dan perut tidak terlalu kenyang.  Waktu subuh adalah merupakan waktu yang paling ideal untuk belajar.
  2. Pilih suasana yang sesuai. Suasana yang terang, kemas, bersih, nyaman, tenang dan tersusun.
  3. Pastikan kedudukan badan yang betul dengan buku dijarakkan lebih kurang satu kaki dari mata.
  4. Mulakan dengan bacaan Bismillah dan doa agar diterangkan hati. 


  • Kajian Gurmit Kaur (2004) mendapati 85.8% pelajar lebih
       memfokuskan kepada isi penting semasa  membaca. 
  • Pelajar mengamalkan teknik ’scanning’ untuk mencari isi penting,
       pelajar mengimbas untuk mendapatkan maklumat atau isi penting
       di dalam sesuatu teks.






  • kesimpulan
    Proses membaca melibatkan tiga tahap secara umumnya iaitu sebelum, semasa dan selepas. Dalam proses membaca ini, pelbagai teknik pembacaan yang boleh digunakan. Pembaca perlu bijak menggunakan teknik yang sesuai bagi memahami bahan bacaan. 



    ‘Pelajarilah ilmu. Pelajarilah ilmu itu untuk ketenteraman, 
    ketetapan hati dan kelembutan jiwa, tunduklah dengan
    merendahkan diri kepada orang tempat kau belajar’ 
    -Umar bin Khattab-


    Rujukan
    Marohaini Yusoff  (1999). Strategi Pengajaran Bacaan Dan Kefahaman : Ke Arah        Pemantapan       Pembelajaran Di Sekolah Menengah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan  Pustaka.

    Yahya Othman (2007), Mengajar Membaca : Teori Dan Aplikasi Panduan Meningkatkan Kemahiran
       Mengajar Bahasa.
    Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.