Thursday, 16 May 2013

TEORI MEMBACA


Teori membaca dapat membantu pembaca untuk memahami proses membaca sama ada di peringkat rendah hinggalah ke peringkat yang tinggi. Terdapat tiga jenis teori membaca yang dinyatakan iaitu :-
          
A) Teori Pemindahan Maklumat

Dapat dilihat di sini, teori pemindahan maklumat merupakan proses pembaca untuk mengenali huruf dan perkataan. Oleh itu, pembaca haruslah mempunyai kemahiran yang khusus iaitu kemahiran untuk melakukan proses pemindahan maklumat. Ia adalah bertujuan untuk mendapatkan makna daripada teks yang dibaca terhadap pemikiran pembaca. Malah, akan wujud interaksi pembaca dengan teks. Misalnya, guru hendaklah memberikan pelajar petikan yang ringkas bagi memudahkan pemahaman pelajar seterusnya menyediakan soalan yang khusus terhadap teks tersebut.

b) Teori Pembacaan Secara Automatik





Dapat dilihat, teori pembacaan secara automatik ini juga diperkenalkan oleh La Berger dan Samuel. Teori ini telah diperkenalkan kerana terdapat beberapa pendapat bahawa telah wujud perkembangan dalam penguasaan kemahiran membaca serta perbezaan antara proses bersifat automatik dan proses kawalan ketika membaca. Teori ini dapat dilakukan dengan memberikan latihan kerana ia akan membantu dalam penguasaan kemahiran asas dalam membaca seperti pengecaman huruf dan pengecaman perkataan. Contohnya, seorang pembaca yang mempunyai kemahiran membaca secara automatik dapat mengawal teks, mempunyai sumber yang lebih dan mempunyai pemahaman. Aspek pengawalan teks haruslah ditekan supaya  pembaca dapat memahami teks dengan lebih berkesan.

 c) Teori Kecekapan Verbal




Seterusnya, teori kecekapan verbal yang telah diperkenalkan oleh Perfetti telah memperluaskan kemahiran membaca secara automatik melalui proses mentafsir kod. Melalui teori ini, ia melibatkan ciri-ciri resolusi anafora, membuat kenyataan yang seragam, menggunakan aktiviti yang berkaitan daripada ingatan dan strategi metakognitif. Selain itu, teori ini juga berkait rapat dengan perhatian dan sumber ingatan yang terhad dalam diri pembaca serta perhubungan dengan pemahaman. Sebagai contoh, pembaca yang mempunyai kecekapan verbal mempunyai pelbagai sumber kesan daripada perhatian dan daya ingatan yang kuat. Sebaliknya, pembaca yang tidak cekap dalam membaca akan kekurangan pengetahuan disebabkan tidak mempunyai daya ingatan yang kuat. Ini akan menyebabkan pembaca akan sukar untuk memahami kandungan teks yang dibaca.



RUJUKAN UTAMA :

Mahzan Arshad (2003). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu satu pendekatan bersepadu. Kuala Lumpur : Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Yahya Othman (2003). Mengajar membaca : Teori dan aplikasi . Pahang : PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.




( https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images)

No comments:

Post a Comment