Tuesday, 23 April 2013

Definisi Membaca



Seperti yang kita ketahui, membaca sangat penting dalam kehidupan kerana dalam Al-Quran ada menyatakan sesuatu perkembangan haruslah dimulakan dengan membaca. Apakah yang dimaksudkan dengan membaca? Membaca merupakan satu kegiatan berbahasa yang kompleks untuk mendapatkan maklumat yang melibatkan faktor dalaman dan faktor luaran. Malah, membaca merupakan kemahiran yang sangat penting dalam memperolehi maklumat yang diperlukan serta menjadi landasan dalam untuk menguasai kemahiran belajar seperti kecekapan membaca. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "baca" ialah  memerhati isi sesuatu yang bertulis atau tercetak dengan teliti dan memahami maknanya. Manakala, definisi membaca mengikut pandangan tokoh adalah seperti berikut : 




Oleh itu, dapat dikatakan bahawa membaca merupakan proses kompleks yang terdiri daripada beberapa gabungan proses iaitu proses sensori (kederiaan), proses pengamatan, proses bahasa dan proses kognitif . setiap proses memainkan peranan penting dalam proses membaca secara keseluruhan. Malah, membaca dapat ditakrifkan sebagai satu perkataan untuk mendapatkan maklumat melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak.


( Sumber : data:image/jpeg )

 RUJUKAN UTAMA:

Arfah Abdul Aziz, Faridah Jaafar, Azizah Hamzah et.al (1994). Asas Kemahiran Berbahasa KBSR. Kuala  Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marohaini Yusoff (1999). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.