Thursday, 16 May 2013
MASALAH DALAM MEMBACA
Masalah
membaca sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang menggalami masalah
pembelajaran. Hal ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu masalah
mengenal huruf dan masalah memahami apa yang dibacanya.
MASALAH DALAMAN
MASALAH LUARAN
JENIS-JENIS BACAAN
Terdapat empat jenis bacaan yang dikenalpasti iaitu bacaan mekanis, bacaan mentalis, bacaan intensif dan juga bacaan ekstnsif.
TEORI MEMBACA
Teori membaca dapat membantu pembaca untuk memahami proses membaca sama ada di peringkat rendah hinggalah ke peringkat yang tinggi. Terdapat tiga jenis teori membaca yang dinyatakan iaitu :-
A) Teori Pemindahan Maklumat
Dapat dilihat di sini, teori pemindahan maklumat merupakan proses pembaca untuk mengenali huruf dan perkataan. Oleh itu, pembaca haruslah mempunyai kemahiran yang khusus iaitu kemahiran untuk melakukan proses pemindahan maklumat. Ia adalah bertujuan untuk mendapatkan makna daripada teks yang dibaca terhadap pemikiran pembaca. Malah, akan wujud interaksi pembaca dengan teks. Misalnya, guru hendaklah memberikan pelajar petikan yang ringkas bagi memudahkan pemahaman pelajar seterusnya menyediakan soalan yang khusus terhadap teks tersebut.
b) Teori Pembacaan Secara Automatik
Dapat dilihat, teori pembacaan secara automatik ini juga diperkenalkan oleh La Berger dan Samuel. Teori ini telah diperkenalkan kerana terdapat beberapa pendapat bahawa telah wujud perkembangan dalam penguasaan kemahiran membaca serta perbezaan antara proses bersifat automatik dan proses kawalan ketika membaca. Teori ini dapat dilakukan dengan memberikan latihan kerana ia akan membantu dalam penguasaan kemahiran asas dalam membaca seperti pengecaman huruf dan pengecaman perkataan. Contohnya, seorang pembaca yang mempunyai kemahiran membaca secara automatik dapat mengawal teks, mempunyai sumber yang lebih dan mempunyai pemahaman. Aspek pengawalan teks haruslah ditekan supaya pembaca dapat memahami teks dengan lebih berkesan.
c) Teori Kecekapan Verbal
Seterusnya, teori kecekapan verbal yang telah diperkenalkan oleh Perfetti telah memperluaskan kemahiran membaca secara automatik melalui proses mentafsir kod. Melalui teori ini, ia melibatkan ciri-ciri resolusi anafora, membuat kenyataan yang seragam, menggunakan aktiviti yang berkaitan daripada ingatan dan strategi metakognitif. Selain itu, teori ini juga berkait rapat dengan perhatian dan sumber ingatan yang terhad dalam diri pembaca serta perhubungan dengan pemahaman. Sebagai contoh, pembaca yang mempunyai kecekapan verbal mempunyai pelbagai sumber kesan daripada perhatian dan daya ingatan yang kuat. Sebaliknya, pembaca yang tidak cekap dalam membaca akan kekurangan pengetahuan disebabkan tidak mempunyai daya ingatan yang kuat. Ini akan menyebabkan pembaca akan sukar untuk memahami kandungan teks yang dibaca.
RUJUKAN UTAMA :
Mahzan Arshad (2003). Pendidikan Literasi Bahasa
Melayu satu pendekatan bersepadu. Kuala Lumpur : Publications & Distributor
Sdn. Bhd.
Yahya Othman (2003). Mengajar membaca : Teori dan
aplikasi . Pahang : PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
( https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images)
PROSES MEMBACA
Menurut Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad:
Persediaan Sebelum Membaca.
Langkah-langkah yang berikut perlu diambil:
- Pilih masa belajar yang sesuai. Waktu belajar yang paling sesuai ialah ketika kurangnya gangguan terhadap tumpuan. Badan tidak letih dan perut tidak terlalu kenyang. Waktu subuh adalah merupakan waktu yang paling ideal untuk belajar.
- Pilih suasana yang sesuai. Suasana yang terang, kemas, bersih, nyaman, tenang dan tersusun.
- Pastikan kedudukan badan yang betul dengan buku dijarakkan lebih kurang satu kaki dari mata.
- Mulakan dengan bacaan Bismillah dan doa agar diterangkan hati.
memfokuskan kepada isi penting semasa membaca.
pelajar mengimbas untuk mendapatkan maklumat atau isi penting
di dalam sesuatu teks.
kesimpulan
Proses membaca melibatkan tiga tahap secara umumnya iaitu sebelum, semasa dan selepas. Dalam proses membaca ini, pelbagai teknik pembacaan yang boleh digunakan. Pembaca perlu bijak menggunakan teknik yang sesuai bagi memahami bahan bacaan.
‘Pelajarilah ilmu. Pelajarilah ilmu itu untuk ketenteraman,
ketetapan hati dan kelembutan jiwa, tunduklah dengan
merendahkan diri kepada orang tempat kau belajar’
-Umar bin Khattab-
Rujukan
Marohaini Yusoff
(1999). Strategi Pengajaran Bacaan Dan Kefahaman : Ke Arah Pemantapan Pembelajaran Di Sekolah
Menengah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yahya Othman (2007), Mengajar Membaca :
Teori Dan Aplikasi Panduan Meningkatkan Kemahiran
Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Tuesday, 23 April 2013
Definisi Membaca
Seperti yang kita ketahui, membaca sangat penting dalam kehidupan kerana dalam Al-Quran ada menyatakan sesuatu perkembangan haruslah dimulakan dengan membaca. Apakah yang dimaksudkan dengan membaca? Membaca merupakan satu kegiatan berbahasa yang kompleks untuk mendapatkan maklumat yang melibatkan faktor dalaman dan faktor luaran. Malah, membaca merupakan kemahiran yang sangat penting dalam memperolehi maklumat yang diperlukan serta menjadi landasan dalam untuk menguasai kemahiran belajar seperti kecekapan membaca. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "baca" ialah memerhati isi sesuatu yang bertulis atau tercetak dengan teliti dan memahami maknanya. Manakala, definisi membaca mengikut pandangan tokoh adalah seperti berikut :
Oleh itu, dapat dikatakan bahawa membaca merupakan proses kompleks yang terdiri daripada beberapa gabungan proses iaitu proses sensori (kederiaan), proses pengamatan, proses bahasa dan proses kognitif . setiap proses memainkan peranan penting dalam proses membaca secara keseluruhan. Malah, membaca dapat ditakrifkan sebagai satu perkataan untuk mendapatkan maklumat melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak.
( Sumber : data:image/jpeg )
RUJUKAN UTAMA:
Arfah Abdul Aziz, Faridah Jaafar, Azizah Hamzah et.al (1994). Asas Kemahiran Berbahasa KBSR. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Marohaini Yusoff (1999). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Saturday, 30 March 2013
Pengenalan Membaca
~Salam~
Hai,ini merupakan blog yang dihasilkan oleh kami bagi Kursus Ketrampilan Membaca. Jika dilihat pada tajuk kursus, pastilah kursus yang kami ambil ini berkaitan dengan membaca. Di sini, kami ingin kongsikan apakah yang dimaksudkan dengan membaca? Pasti ramai yang tahu membaca tetapi mereka mesti tidak tahu definisi membaca yang sebenarnya. Hal ini kerana, kita pasti akan membaca setiap hari tidak kiralah kita membaca buku atau surat khabar. Perkara seperti membaca di papan iklan di kategorikan sebagai membaca walaupun kita tidak memegang buku.
Di konteks sekolah, membaca sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa selain mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi melalui pengalaman biasa yang lain kerana dengan membaca ia dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan kreativiti seorang individu dalam pelbagai bidang. Jadi, kebolehan seseorang itu membaca sangat penting dan ia merupakan kayu ukuran bagi kejayaan seseorang. Oleh itu, sejak di peringkat awal lagi, kanak-kanak telah ditekankan untuk membaca selain kemahiran mengira dan menulis. Menurut Wardhaugh (1969) dalam buku Penguasaan Kemahiran Membaca kaedah dan Teknik Membaca telah menerangkan bahawa :
" Success in reading is therefore assumed to be closely related to success in living and to personal and emotional adjustment. The successful reader is to some extent also the successful citizen".Ini dapat dikatakan bahawa dengan membaca ia dianggap sebagai asas bagi seseorang itu terus meningkat dalam alam persekolahan sehingga peringkat yang leibh tinggi. Malah, membaca juga memerlukan seseorang itu untuk memahami tesk atau kandungan yang dibaca. Jika pembaca itu faham kandungan tesk yang dibaca, bermakna segala mesej atau input yang disampaikan oleh penulis dapat disampaikan oleh pembaca.
Subscribe to:
Posts (Atom)